Thursday, April 19, 2012

Maidam Ubah Dasar Bantuan Bulanan Kepada Penerima Sejak Mac Lepas

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengubah dasar agihan bantuan bulanan kepada penerima untuk disesuaikan dengan tanggungan perbelanjaan penerima dan peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Wan Harujan Sulaiman.

Beliau berkata kadar baru yang digunakan sejak Mac lepas ialah RM250 bagi penerima seorang diri, RM350 berdua dan RM450 tiga orang atau lebih ahli isi rumahnya.


Sebelum ini, kata beliau kadar bantuan bulanan kepada asnaf ialah RM300 sebulan tanpa mengira jumlah tanggungan atau ahli isi rumah.

"Kajian yang dibuat menunjukkan 80 peratus penerima adalah warga emas yang tinggal berseorangan atau berdua manakala bakinya yang mempunyai tanggungan sama ada terdiri daripada ibu tunggal, keluarga miskin atau keluarga bermasalah.

"Menyedari kepentingan isi rumah yang mempunyai tanggungan inilah Maidam meminda kadar bantuan mengikut jumlah isi rumah bermula suku pertama tahun ini," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment