Jabatan Perikanan Terengganu menggesa pemajak kawasan pantai yang digazetkan sebagai kawasan kutipan telur penyu agar hanya menjual telur haiwan marin itu kepada Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) Malaysia.
Pengarahnya Abdul Khalid Abdul Karim berkata jabatan itu percaya berlaku ketirisan dalam penjualan telur penyu yang dikutip pemajak dari kawasan berkenaan.
Ada kes yang mana sebelum ini pemajak hanya menghantar telur dari lima sarang namun apabila kawasan tersebut dipajak orang lain selepas itu, pemajak baru ini berjaya menghantar telur dari 10 hingga 20 sarang.
Ini menunjukkan berlaku ketirisan yang mana pemajak terdahulu mungkin bertindak menjual telur yang dikutipnya kepada pihak lain, katanya kelmarin.
maat.
"Jika dijual kepada pihak luar, jabatan bimbang ia akan terus dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan segera dengan menjual telur untuk dimakan oleh peminat tegar telur penyu itu," katanya.
No comments:
Post a Comment