Sunday, April 8, 2012

Kelapa "Matag' Hasilkan Lebih Banyak Santan

Jabatan Pertanian negeri Terengganu yakin kelapa "Matag" mampu memberi pendapatan lumayan kepada petani kerana ia cepat berbuah dan isinya tebal yang menghasilkan santan yang lebih.

Pegawai Pertanian Daerah Marang Mohd Amran Mohd Noor berkata kelapa itu juga mampu berbuah lebat antara 15 dan 25 biji setandan berbanding 10 biji bagi kelapa biasa


 "Sebiji kelapa ini boleh dijual antara RM2 dan RM3 pasaran kerana isinya tebal dan ini sekaligus mampu mengatasi kekurangan santan terutama pada musim perayaan. Kita tidak perlu bergantung kepada kelapa luar," katanya.

Jabatan Pertanian telah membekalkan benih kelapa itu kepada sebahagian pekebun kecil di daerah Marang kira-kira tiga tahun lalu sebagai percubaan dan kini kesemua tanaman itu mampu mengeluarkan hasil yang optimum, kata Mohd Amran.

2 comments:

  1. Salam,
    Macam mana nak dapatkan benih kelapa mataq ini. Berapa harga bagi satu pokok?

    ReplyDelete
  2. Salam ,
    Dalam tempoh sebulan berapa kali buah kelapa boleh dipetik dan berapa biji sekali petik untuk keluasan 10 ekar.
    T.Kasih.

    ReplyDelete