Thursday, April 19, 2012

Mohd Faiz Subri Tekad Mahu Disenaraikan Dalam Kesebelasan Skuad Kebangsaan

Gambar Hiasan - Faiz ketika menentang Perak di Kuala Terengganu.
Penyerang pasukan T-Team dalam Liga Super, Mohd Faiz Subri bertekad tidak akan mensia-siakan peluang selepas disenaraikan dalam sesi latihan skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.

Mohd Faiz, 25, berazam mengisi kesebelasan utama skuad negara menjelang perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, Selasa depan.


"Peluang pertama kali ini memang saya tidak mahu persiakan dan saya akan menggunakan sebaik mungkin bagi memastikan layak tersenarai untuk menyarung jersi kebangsaan nanti," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kuala Terengganu.

Pemain kelahiran Perlis itu berkata beliau teruja untuk melaporkan diri di Wisma FAM Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment