"Memanglah Anwar bijak
“manderam’ kedua-dua pemimpin tertinggi PAS hingga tunduk tetapi pemimpin PKR
Terengganu bukan MUDAH UNTUK MELUPAKAN PENGHINAAN OLEH PEMIMPIN PAS
itu...Mereka
itu berjuang untuk mendapat kerusi yang lebih daripada PAS dan biarpun
Abwar mengatakan kenyataan daripada pemimpin bawahan langsung tidak
menjejaskan hubungan pimpinan atasan itu, ia sekadar pemanis mulut."
Punyalah bimbang pakatan pembangkang mengenai ‘peperangan mulut’ antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga memerlukan campur tangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar mengatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah dan hubungannya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berlangsung seperti biasa, malah lebih akrab.
Memanglah Anwar bijak “manderam’ kedua-dua pemimpin itu hingga tunduk tetapi pemimpin PKR Terengganu bukan MUDAH UNTUK MELUPAKAN PENGHINAAN OLEH PEMIMPIN PAS itu.
Mereka itu berjuang untuk mendapat kerusi yang lebih daripada PAS dan biarpun Abwar mengatakan kenyataan daripada pemimpin bawahan langsung tidak menjejaskan hubungan pimpinan atasan itu, ia sekadar pemanis mulut.
Jawapannya tidak!
Pemimpin PKR Terengganu pastinya sudah ‘jauh hati’ dengan sikap tamak dan angkuh pemimpin PAS yang memperkecilkan kemampuan PKR.
Semua orang tahu PKR Terengganu tiada jentera pilihan raya dan mengharapkan PAS. Namun PAS juga harus sedar, di peringkat negeri mereka kuat namun untuk ke Putrajaya tanpa PKR dan DAP mereka ‘hampeh’!
Kenyataan Anwar bahawa pemimpin pakatan pembangkang diingatkan tidak memberi sebarang komen berkait dengan pembahagian kerusi antara gabungan perikatan itu sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan hanyalah ‘air penawar yang tidak akan mujarab’.
Ketua Pembangkangitu berkata pakatan pembangkang perlu memberhetikan membuat komen itu amat penting bagi memastikan tidak berlaku salah faham dalam sebarang komen yang dikeluarkan memandangkan proses pembahagian kerusi antara parti masih lagi berjalan.
Langkah terbaik menurut Anwar adalah tidak memberikan sebarang ulasan sehingga keputusan penuh soal pengagihan kerusi dibuat.
“Setakat ini pembahagian sedang berjalan di seluruh negara dan ia berjalan secara aman serta teratur. Kita jangkakan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Setakat ini beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Kedah masih belum selesai.
“Kebanyakannya sudah selesai, cuma satu, dua kerusi yang masih belum diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menyampaikan ceramah di Kampung Tok Jembal, Gong Badak di Kuala Terengganu.
Yang pasti, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail nyata sudah jauh hati.
Dia jelas begitu ‘merasa terhina’ apabila mengatakan PKR Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada PRU13.
Malah katanya : "Kalau dia (PAS) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita…” kita.
Memanglah Anwar tidak akan mengaku atau menerima pandangan bahawa pemimpin PAS Terengganu dan PKR tidak seakrab dulu.
Anwar tidak akan bersetuju dengan pandangan itu tetapi ternyata sejak akhir-akhir ini PAS begitu angkuh seolah-olah mampu membentuk kerajaan negeri menggantikan BN secara bersendirian
No comments:
Post a Comment