Wednesday, April 18, 2012

Polis Terengganu Ingatkan Masyarakat Jangan Percaya Penjualan Batu Ajaib

Polis Terengganu mengingatkan orang ramai khususnya warga emas di negeri ini, agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata dan batu delima "berkuasa ajaib" di sekitar Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Supt Khoh Ah Tiam berkata sehingga April tahun ini, sebanyak lima kes berkaitan penipuan penjualan batu permata telah direkodkan pihak polis.


"Kesemua mangsa yang mudah ditipu merupakan golongan warga emas yang berumur antara 50 hingga 70 tahun.

"Kita merekodkan kes melibatkan kerugian kira-kira RM200,000 sepanjang empat bulan pertama tahun ini," katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya kumpulan yang menjalankan aktiviti itu memperdaya pembeli dengan memasukkan batu permata tersebut ke dalam besen berisi air sebelum batu permata berkenaan mengeluarkan cahaya.

No comments:

Post a Comment