Thursday, April 19, 2012

Tawaran Ganjaran RM20,000 Tankap Ikan Naga di Kenyir

Kerajaan negeri meningkatkan habuan wang tunai menjadi RM20,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan naga yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tawaran itu merupakan perhatian serius kerajaan negeri kerana kehadiran ikan itu boleh menyebabkan spesies ikan lain di Tasik Kenyir pupus.


Katanya, tawaran itu dibuat berikutan ganjaran RM10,000 sejak tahun 2009 itu gagal menarik ramai pemancing untuk memburu ikan itu.

“Jika usaha menangkap dilakukan sekarang tidak berhasil, kita bercadang menaikkan ganjaran. Ini bukan usaha main-main. Yang penting ikan itu dapat ditangkap hidup-hidup,” katanya kepada pemberita di Wiswa Darul Iman, di Kuala Terengganu semalam.

“Jika usaha menangkap dilakukan sekarang tidak berhasil, kita bercadang menaikkan ganjaran. Ini bukan usaha main-main.

“Yang penting ikan itu dapat ditangkap hidup-hidup,” katanya.

Ikan jenis besar itu yang berasal dari Sungai Amazon, menjadikan ikan lain sebagai makanan tetapi ia tidak menyerang manusia.

Jelas beliau, spesies itu boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan berat mampu mencecah sehingga 200 kilogram.

Tambah beliau, walaupun tawaran agak lumayan sudah dilakukan sejak tiga tahun lalu, ikan tersebut masih belum ditangkap sehingga kini meskipun ada beberapa pihak seperti Jabatan Perikanan mengerah beberapa anggotanya menjalankan beberapa siri tangkapan.

“Saya difahamkan, jabatan itu sebelum ini pernah menggunakan beberapa bot yang sedia ada di Tasik Kenyir untuk membuat pemantauan dan seterusnya menangkap ikan tersebut,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment