Sunday, May 20, 2012

157 Peneroka Felda Selasih, Jabi, Terima Durian Runtuh

Penantian 157 peneroka di rancangan tanah Felda Selasih,Jabi, Setiu untuk mendapatkan pemberian “Durian Runtuh” dari agensi tanah terbesar itu akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka menerimnya kelmarin.

Majlis penyampaian berjumlah RM790,000 itu yang dilakukan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee berlangsung di Dewan JKKR Felda Selasih itu turut dihadiri Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Abd Malib Abd Rani.


Penyampaian wang durian runtuh itu mencatat sejarah kepada golongan peneroka di Felda kerana ia juga hasil keuntungan agensi itu yang kemudian diagihkan semula kepada peneroka.

Mohd Jidin berkata, beliau yang juga anak peneroka amat bangga kerana kerajaan amat prihatin terhadap nasib peneroka rancangan tanah Felda.

“Inilah satu-satunya kerajaan yang mengamalkan kebajikan untuk rakyat dan peneroka sepatutnya menghargai kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Beliau sedih kerana ada peneroka yang mudah menerima hasutan pembangkang sehingga ada pihak yang sanggup mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman Felda kerana tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

Berbanding dengan mereka yang tinggal di luar Felda menjadi peneroka adalah lebih baik dan menguntungkan kerana kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap masalah kehidupan peneroka.

Sementara itu, Abd Malib berkata ketika ada 7,000 peneroka di 21 rancangan tanah Felda di Terengganu, dijangka menerima durian runtuh RM15,000 yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkat.

No comments:

Post a Comment