Monday, May 14, 2012

Kerajaan Sedia Lebih RM26 Juta Tingkatkan Kualiti YPK Terengganu

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan lebih RM26.9 juta untuk meningkatkan kualiti Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu tahun ini.

Pengarah YPK negeri Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata peruntukan itu bertujuan melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah melahirkan usahawan YPK dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.


"Jumlah yang disediakan oleh kerajaan itu menggambarkan betapa prihatin kerajaan terhadap pembangunan keluarga di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Seminar Transformasi Pekerja Cemerlang, diKuala Terengganu, kelmarin.

Seminar sehari itu dikendalikan oleh pakar motivasi Datuk Dr Fazilah Kamsah. Mohd Shafaruddin berkata sehingga 10 Mei lalu, YPK melaksanakan sebanyak 331 program dan aktiviti untuk masyarakat antaranya pembangunan keluarga dan sosioekonomi.

No comments:

Post a Comment