Dr Mahathir tetap menerima sambutan hangat rakyat. |
"Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar?
Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang tipis.
"Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai," katanya ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Dr Mahathir berkata rakyat negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodoh dan diperalatkan pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa.
Jika rakyat terus-menerus terpedaya dengan usaha pembangkang itu, kata beliau mereka sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Dr Mahathir berharap umat Islam negara ini menggunakan akal fikiran yang waras dengan meneliti terlebih dahulu sama ada penglibatan mereka itu benar-benar mengikut ajaran Islam atau sebaliknya.
"Saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan orang lain. Jika tidak, kita (rakyat) pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment