Friday, May 4, 2012

Terengganu Sasar Pertahan Kejuaraan Kali Keempat Sukma

Terengganu meletak sasaran untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung di Pahang Julai ini.

Reputasi terbaik Terengganu setelah berjaya mencatat hatrik kejuaraan pada temasya yang lepas sedikit sebanyak memberi suntikan kepada semua atlet untuk mengekalkan kejuaraan itu.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat bagaimanapun berkata rekod itu mungkin sukar dikekalkan berikutan beberapa acara yang membantu Terengganu merangkul tempat pertama sebelum ini tidak lagi dipertandingkan, antaranya sukan kenu.

Keadaan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha Terengganu mengekalkan kejuaraan, katanya ketika dihubungi pada semalam.

Beliau yang kecewa kerana acara kenu yang banyak menyumbang emas untuk Terengganu tidak dipertandingkan kali ini, berkata persiapan untuk menghadapi Sukma kini berada pada fasa terakhir.

No comments:

Post a Comment