Friday, May 4, 2012

Liga Super - Terengganu Ubah Formasi Menentang Perak Malam Ini

Ashaari menjadi sandaran Terengganu menentang Perak malam ini.
Sedikit perubahan taktikal dan formasi akan dilakukan terhadap pasukan Terengganu menentang Perak di tenpat sendiri malam ini.

Ini memandangkan ramai pemain utama yang tidak dapat diturunkan, namun pemain tetap boleh menunjukkan aksi penuh semangat.

Forkie Doe juga cedera dan direhatkan.
Terengganu tidak dapat menggunakan Francis Forkey Doe sebagai penyerang utama dan tugas itu digalas beberapa pemain lain seperti Ashaari Shamsuddin serta Abdul Hadi Yahya.




Pembantu jurulatih Terengganu, Khalid Mohd. Dahan yang kini memangku tugas Mat Zan memberitahu, "Ketika ini kita tidak banyak kelebihan, jadi hanya moral dan semangat yang akan membantu pasukan Terengganu untuk bermain lebih baik menentang Perak malam esok (malam ini)," katanya semalam.

Jelasnya, peluang dengan Perak adalah 50-50 berdasarkan dua pertemuan sebelum ini yang mana Terengganu pernah tewas sekali dalam pertemuan Piala FA 0-1 dan menang 1-0 semasa pusingan pertama Liga Super di Perak.

Pemain yang tidak dapat turun beraksi malam ini atas pelba gai masalah termasuklah Francis Forkey Doe, Shamsul Kamal Mohamad, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Nordin Alias yang mengalami kecederaan, manakala Reeshafiq Alwi masih belum pulih sepenuhnya.

"Mazlizam Mohammad pula tidak boleh diturunkan sebab ada tiga kad kuning," katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Selepas gagal ke peringkat akhir Piala FA apabila tewas kepada Sime Darby sebelum ini, pasukan itu kini kehilangan jurulatih utama, Mat Zan Mat Aris yang direhatkan empat perlawanan sehingga 15 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh semalam menjelaskan, keputusan merehatkan Mat Zan dilakukan selepas pasukan tersebut tewas kepada Sime Darby, Selasa lalu.

"Saya hubungi dia melalui telefon selepas perlawanan itu dan saya minta dia berehat empat perlawanan," katanya.

No comments:

Post a Comment