Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia) akan mengadakan program jelajah "Young Meet Young" ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas dari usahawan muda tentang masalah yang mereka hadapi dalam membangunkan keupayaan dari segi modal, pasaran serta produk.
Siri jelajah "Young meet Young" itu akan bermula di
Kuantan Pahang pada minggu ini sebelum ke Selangor, Terengganu,
Kelantan, Perlis serta ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.
Presiden GMB Malaysia Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, menerusi program jelajah itu, beberapa pertemuan akan diadakan dengan usahawan muda dari semua kaum untuk sesi percambahan minda agar dapat dikenal pasti permasalahan yang mereka hadapi.
"Sebagai usahawan muda dan masih mentah dalam bidang perniagaan, mereka masih memerlukan bimbingan serta nasihat dari segi pembinaan keupayaan diri dalam memacu kejayaan perniagaan."
"Maklum balas awal mendapati bahawa kebanyakan masalah yang dihadapi oleh usahawan muda ialah dari segi mendapatkan modal bagi mengembangkan perniagaan serta masalah dari segi pemasaran serta pembangunan produk," katanya semalam.
Agil Faizal berkata kebanyakan usahawan muda menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari bank serta institusi kewangan kerana mereka tidak mempunyai pengalaman terutama cara menyediakan cadangan untuk permohonan sesuatu pinjaman.
"Mereka juga tidak memanfaatkan pelbagai dana yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu usahawan kecil dan sederhana yang disalurkan menerusi pelbagai agensi seperti Bank Simpanan Nasional serta dana khas yang diwujudkan bagi membantu golongan belia."
Justeru, katanya menerusi sesi percambahan minda itu nanti, usahawan muda akan dipertemukan dengan pelbagai agensi yang dapat membantu mereka mendapatkan pinjaman modal serta yang dapat memberikan nasihat tentang cara memasarkan produk serta keperluan menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Beliau berharap, menerusi sesi itu, usahawan muda akan dapat mengenal pasti peluang yang ada untuk membina keupayaan diri serta membangunkan rangkaian pasaran serta meningkatkan kualiti produk.
"Ini penting bagi mempersiapkan diri mereka sebelum meneroka lebih jauh ke pasaran antarabangsa dengan menyertai misi pelaburan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan," katanya.
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk pelaburan yang lebih besar? Pinjaman untuk pengembangan perniagaan? Pinjaman untuk pelaburan baru? Pinjaman untuk membayar hutang dan bil jangka panjang. Tidak perlu lagi, kami adalah pemberi pinjaman bersama bank dan menjamin tawaran yang telus. Kami menawarkan pinjaman faedah 2% tanpa cagaran dan Kami berada di sini untuk meletakkan dan menamatkan kemiskinan dan pengangguran, kerana semua orang mempunyai potensi sendiri. Hubungi kami hari ini melalui E-mel kami: gloryloanfirm@gmail.com dan isikan borang pinjaman tje di bawah
ReplyDelete{Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGARA ===========
ALAMAT: ===========
JENIS GARIS PANDUAN: ===========
JUMLAH YANG DIPERLUKAN: ===========
TIME DURATION: ===========
NOMBOR TELEFON: =========== =============
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Hubungi e-mel kami: gloryloanfirm@mail.com
Nota: Tiada apa-apa bayaran cukai dan yuran pendaftaran, sila memohon pinjaman mudah!!