Wednesday, May 9, 2012

Persatuan Mahu Mengembalikan Kegemilangan Sukan Kriket Di Terengganu

Persatuan Kriket Negeri Terengganu (PKNT) komited untuk mengembalikan kegemilangan sukan itu di negeri ini yang dianggap 'sudah berkubur' oleh sesetengah pihak.

Bagi merealisasikan impian itu, Pengerusinya Apli Yusof berkata PKNT yang mendapat sokongan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi menerusi program pencarian bakat yang bermula bulan depan.


Katanya, di peringkat Sukan Malaysia (Sukma), Terengganu sudah lebih 20 tahun tidak terlibat dalam acara berkenaan walaupun sukan itu pernah melonjakkan nama Terengganu sekitar tahun 1980-an.

"Kita akan menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bagi mencari kira-kira 20 atlet lelaki bawah 20 tahun dengan bantuan jurulatih daripada MCA sendiri serta bekas pemain kriket Terengganu.

"Bermula tahun hadapan juga, PKNT akan menyertai beberapa kejohanan peringkat remaja kebangsaan untuk memberi pendedahan dan mengasah bakat pemain-pemain yang baru ke tahap lebih tinggi," katanya semalam.

No comments:

Post a Comment