Wednesday, May 9, 2012

Penyokong Sifatkan Wajar Sekiranya Mat Zan Letak Jawatan

Penyokong-penyokong setia sang penyu menyifatkan sebagai wajar keputusan ketua jurulatih Skuad Penyu, Mat Zan Mat Aris yang didakwa akan melepaskan jawatannya.

Bagi kebanyakan penyokong pasukan Terengganu, walaupun drastik, ia dianggap keputusan yang tepat diambil oleh jurulatih berusia 54 tahun itu.


Seorang penyokong tegar pasukan Terengganu, Zikri Mamat, 48, berkata sebagai ketua jurulatih beliau menganggap Mat Zan gagal dalam tugas yang diberikan.

Seorang lagi penyokong Rosamiza Omar, 46, berkata aspek taktikal dan strategi yang diatur oleh Mat Zan dilihat kurang menjadi walaupun Terengganu mempunyai ramai pemain berkebolehan dan berpengalaman.

Ura-ura ketua jurulatih itu hendak melepaskan jawatannya berkuatkuasa 1 Jun depan telah tersebar sejak beberapa hari terutama di beberapa laman web, bagaimanapun Mat Zan gagal dihubungi bagi pengesahan.

No comments:

Post a Comment