"Saya tidak akan mengeluarkan surat
melepaskan jawatan...Jika PBSNT merasakan saya perlu melepaskan jawatan,
mereka perlu mengeluarkan surat untuk ditandatangani, tetapi perlu saya
jelaskan beberapa syarat harus dipatuhi persatuan.” -
Mat Zan Mat Aris
Isu Mat Zan Mat Aris memeningkan dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBNT) perlu uruskannya dengan bijak dan telus.
Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena mengenai 'persetujuan' Mat Zan meletakkan jawatan.
PBSNT wajar menggantung tugasnya buat sementara tetapi pada ketika yang sama perbincangan yang diketahui umum untuk mengambil jurulatih lain dilihat memberikan tekanan kepada Mat Zan.
Kerana itu, tidak pelik jika Mat Zan tawar hati untuk terus membimbing Terengganu kerana sudah timbul spekulasi terbaru apabila bekas pengendali Kelantan, Peter Butler bakal menggantikan tempatnya.
Situasi ini sekali gus menggambarkan betapa Butler antara calon utama bakal mengambil alih jawatan jawatan Mat Zan dalam skuad Peteh. “Sebelum ini ada juga orang telefon dan tanya saya mengenai hal ini,” kata Butler ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Mat Zan wajar terasa khidmatnya tidak lagi diperlukan apabila mendengar khabar angin pengurusan pasukan akan memanggil seorang jurulatih asing.
Dengan nada agak terkilan bekas pemain kebangsaan itu berkata: “Perbincangan ringkas mengenai kedudukan saya hanya berlangsung antara pengurus pasukan (Datuk Che Mat Jusoh), penolongnya (Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusoff) dan Setiausaha (Abdullah Salleh) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum skuad Penyu berlepas ke Hong Kong, kelmarin.
“Tiada sebarang surat dikeluarkan dan tiada alasan diberi pengurusan termasuk punca saya digantung selama dua minggu sehingga Selasa depan, tetapi berdasarkan perbualan singkat, khidmat saya bersama skuad Penyu seolah-olah tidak diperlukan.
“Jika PBSNT mahu saya melepaskan jawatan, saya bersedia tetapi pengurusan persatuan itu perlu memenuhi beberapa syarat kerana kerana kontrak saya bersama skuad penyu hanya akan berakhir musim depan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
“Saya berada di Kuala Lumpur hanya untuk bercuti dan tidak akan beri komen apa-apa mengenainya (spekulasi).”
Mat Zan secara terus terang berkata dia bercadang berundur diri tetapi mahu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) terlebih dahulu memenuhi syarat.
Laporan sebelum ini menyebut nama Butler turut tersenarai dalam senarai calon pengganti ketua jurulatih Terengganu bersama pengendali dari Korea Selatan, Jang Jung dan bekas pengendali skuad remaja kebangsaan, Hatem Soussi.
Lebih menguatkan spekulasi apabila espnstar.my turut melaporkan jurulatih berasal dari Halifax, England itu semalam sudah meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan Liga Super Indonesia (ISL), Persiba Balikpapan.
Mat Zan menegaskan, dia tidak akan mengeluarkan surat melepaskan jawatan. “Jika PBSNT merasakan saya perlu melepaskan jawatan, mereka perlu mengeluarkan surat untuk ditandatangani, tetapi perlu saya jelaskan beberapa syarat harus dipatuhi persatuan.”
No comments:
Post a Comment