Friday, May 11, 2012

Kerajaan Terengganu Sumbang 20 Unit Komputer Untuk Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi Terengganu pada Khamis menerima 20 unit komputer sumbangan kerajaan negeri untuk ditempatkan di makmal komputer mahkamah berkenaan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kemudahan itu bagi membolehkan rakyat yang mempunyai kes di mahkamah membuat semakan dan sebagainya melalui sistem online yang disediakan di makmal berkenaan.


"Dengan kemudahan komputer yang ada di mahkamah, orang ramai yang terlibat dengan perbicaraan bolehlah membuat rujukan dan sebagainya seperti bila kes mereka akan dibicarakan," katanya ketika merasmikan makmal komputer dan majlis makan tengah hari dengan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu semalam.

Tuut hadir Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin. Ahmad Said berkata, pemberian komputer itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk membantu semua jabatan kerajaan melaksanakan penggunaan komputer sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment