Friday, May 18, 2012

TDM Catat Keuntungan Luar Biasa Bagi 2011 - CEO

TDM Berhad, syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri berjaya mencapai rekod pengeluaran, rekod hasil dan rekod membanggakan bagi tahun kewangan 2011.

Hasil kumpulan yang dicatatkan tahun lalu, meningkat sebanyak 28 peratus bagi sat rekod RM503.2 juta dengan keuntungan sebelum cukai melonjak 67 peratus kepada RM214.9 juta berbanding sebanyak RM394.4 juta dan RM130.2 juta masing-masing dalam tempoh kewangan sebelum ini.


Ketua Pegawai Eksekutif TDM Berhad, Badrul Hisham Mahari berkata, prestasi mambanggakan yang belum pernah berlaku ini didorong oleh kekuatan dalaman dan hasil daripada program transformasi yang dilaksanakan ahli lembaga sejak 2004.

“Ia juga adalah hasil daripada amalan srategi perniagaan yang betul dan merealisasikan kecemerlangan operasi.

“Bahagian peladangan mencatat pendapatan terbaik dan keuntungan di bawah kajian hasil dengan mencatatkan peningkatkan sebanyak 31.0 peratus dan 71.0 peratus kepada RM412.9 juta dan RM204.0 keuntungan berbanding RM316.4 juta dan 119.5 juta bagi tahun lepas,” katanya pada sidang akhbar di Pulau Duyung, Kuala Terengganu, petang semalam.

Badrul Hisham turut memberitahu, TDM kini mengendalikan 12 ladang kelapa sawit di negara ini dengan jumlah keluasan 33,284 hektar dan pertumbuhan masa depan dijangka datang daripada perkembangan perniagaan di Kalimantan, Indonesia.

''Kami yakin pelaburan di Kalimantan merupakan satu strategi yang tepat, ia membolehkan kami memperluaskan perniagaan teras dan sejumlah RM44 juta telah dibelanjakan," katanya.

Menurut beliau, selain meningkatkan bank tanah dan memastikan kemampuan pertumbuhan bahagian peladangan, ia menawarkan potensi hasil yang lebih baik berdasarkan keadaan tanah yang lebih subur, lebih mendatar dan edaran taburan hujan yang lebih tinggi.

''Sehingga kini, 25,000 hektar telah diperoleh daripada keseluruhan pakej 40,000 hektar tanah di Kalimantan dan TDM merancang untuk menyelesaikan kerja-kerja penanaman pokok bagi 20,000 hektar yang pertama dalam tempoh tiga tahun," ujarnya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment