
Pengarah MSNT, Zainal Abidin Hussin berkata tindakan yang diambil itu sesuai dengan hasrat kerajaan negeri ingin menjadi kuasa baru sukan di negara ini dan cuba mengenalpasti beberapa kegiatan sukan.
"Kita cuba sukan baru seperti skuasy, renang, gimnastik dan badminton untuk dimaju dan ditingkatkan prestasinya," katanya.
Sehubungan dengan itu, Zainal Abidin berkata MSNT menggunakan khidmat jurulatih berpengalaman termasuk dari luar negara untuk membimbing dan melatih atlet sukan berkenaan.
Beliau berkata yang terbaru, MSNT telah mengambil jurulatih kelahiran Pakistan, Azhar Gul, 31, yang pernah berkhidmat di Sarawak untuk melatih dan membimbing atlet skuasy Terengganu.
No comments:
Post a Comment