Friday, May 25, 2012

Pengusaha Makanan Digesa Sedia MR1M Setiap Hari

Pengusaha premis makanan yang menyertai Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M) digesa menyediakan menu itu secara konsisten setiap hari.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Ghazali@Suhaimi Muhammad berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pengusaha premis makanan yang tidak menyediakan menu itu walaupun disenaraikan sebagai peserta MR1M dan penyertaan mereka diiklankan di akhbar serta laman web PDNKK.


"Sehingga kini, di seluruh Terengganu terdapat 167 premis yang mendaftar sebagai kedai MR1M, namun ada yang menarik diri, tetapi tidak memaklumkan kepada PDNKK.

"Ini yang menimbulkan masalah kerana orang ramai yang pergi ke premis itu mengharapkan hidangan sarapan pagi kurang dari RM2 dan makan tengah hari kurang daria RM4, namun perkara sebaliknya berlaku kerana premis itu tidak lagi menyediakan MR1M," katanya kepada di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau turut berharap lebih banyak premis makanan di sekitar Institut Pengajian Tinggi Terengganu menyertai MR1M.

Setakat ini hanya lapan daripada 20 premis di sekitar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendaftar sebagai kedai MR1M.

No comments:

Post a Comment