Wednesday, May 16, 2012

Program 6P - 480,995 Pendatang Tanpa Izin Diputihkan

Seramai 480,995 pekerja tanpa izin telah diputihkan sepanjang tempoh proses pemutihan pekerja asing dan pendatang tanpa izin di bawah program 6P, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata kesemuanya itu diputihkan untuk bekerja dengan 91,064 majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, peladangan dan pertanian.


 "Untuk aktiviti penguatkuasaan iaitu 'Ops 6P' sebanyak 4,156 operasi telah dijalankan melibatkan 24,520 anggota penguatkuasaan terdiri daripada Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi-agensi lain di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di Putrajaya.

Jumlah operasi penguatkuasaan paling tinggi dicatat di Terengganu iaitu sebanyak 761, Perak (665), Negeri Sembilan (363), Johor (337), Pulau Pinang (309), Sabah (250), Selangor (243), Melaka (212), Kedah (202), Kelantan (157), Putrajaya (155), Pahang (149), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (126), Perlis (111), Sarawak (66) dan Wilayah Persekutuan Labuan (50).

Seramai 146,979 pendatang tanpa izin telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia mencatat jumlah paling ramai iaitu 89,026 orang, diikuti India (11,080), Nepal (11,153), Myanmar (8,955), Kemboja (5,893), Bangladesh (5,452), Vietnam (4,020), Pakistan (2,927), Filipina (2,566), Sri Lanka (1,879), China (1,936), Thailand (615), Nigeria (272), Iran (159), Somalia (66), Sudan (62) dan lain-lain negara (902).

No comments:

Post a Comment