Thursday, June 7, 2012

Kerajaan Kurangkan 10 Sen Untuk Harga RON97





Kerajaan semalam bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi (7 Jun 2012).


Dalam satu kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.

Difahamkan, kejatuhan harga minyak mentah global telah mendorong kerajaan persekutuan untuk mengurang harga minyak RON97 dari RM2.90 kepada RM2.80 seliter, berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun, harga petrol gred RON95 kekal pada RM1.90 seliter, yang menurut kerajaan membabitkan kos subsidi tahunan RM2 bilion untuk mengekalkan.

Oleh kerana harga RON97 ditentukan oleh apungan terurus, harganya akan turun naik. Harga RON97 naik empat kali tahun lepas. Mei lalu, harga minyak mentah melepasi paras USD100 (RM310) setong. Pada masa ini, ia berlegar di bawah paras USD100.

No comments:

Post a Comment