Monday, June 11, 2012

WP Tanam Hasrat Pecah Dominasi Terengganu Dalam Berbasikal Di Sukma 2014

Pasukan  TSG Terengganu yang kini terkenal di benua Asia
Pasukan berbasikal Wilayah Persekutuan berhasrat memecahkan dominasi Terengganu pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) apabila temasya sukan itu berlangsung di Perlis pada 2014.

Pengurus pasukan Musairi Musa berkata matlamat itu dijangka dapat direalisasikan pada 2014 memandangkan barisan pelumba, yang kini berusia antara 14-19 tahun, telah menunjukkan potensi memberangsangkan sepanjang sesi latihan yang telah berjalan sejak 10 bulan lepas.


 Katanya pasukan itu juga kini dibimbing lagenda sukan berbasikal tanah air Datuk Ng Joo Ngan yang bertindak sebagai jurulatih.

 "Tidak dinafikan sejak dari dulu lagi pasukan Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan) telah berjaya melahirkan pelumba-pelumba basikal handalan negara.

"Kita mahu meneruskan legasi ini, oleh sebab itu kita telah memulakan program pembangunan untuk melatih atlet-atlet muda," katanya.

No comments:

Post a Comment