Monday, June 25, 2012

PDRM Perluas Rondaan Di Sekolah Seluruh Negara - Khalid

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperluaskan rondaan di sekolah seluruh negara terutamanya di kawasan berisiko bagi memantau keselamatan pelajar, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata anggota polis dengan bantuan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) akan melakukan rondaan di kawasan sekolah pada waktu pagi, tengah hari dan petang.


"Kita telah memperkenalkan program rondaan ini di sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur dan Selangor sejak dua bulan lepas dan selepas ini kita akan melanjutkan program seumpama ini ke semua sekolah berisiko tidak lama lagi.

"Dengan program yang dilaksanakan ini, masyarakat akan menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan panas dan sering berlaku jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi dan Menutup Majlis Peringatan Hari Polis di Pulau Duyong, di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata dengan inisiatif yang dilakukan itu, masyarakat akan merasa lebih selamat.

No comments:

Post a Comment