Sebelas peserta memperdengarkan bacaan pada malam kedua Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru.
Tujuh qari yang memperdengarkan bacaan ialah Zul-Hasyimi Mohamed Yunus (Pahang), Mohd Fahmi Asraf Razali (Perak), Mohd Hafas Ali (Terengganu) Mohd Fakhrulradhi Khamarudin (Kedah) dan Wan Ahmad Tirmizi Wan Sulaiman (Melaka).
Empat qariah pula ialah Sahrom Othman (Selangor), Roziah Ayup (Sarawak), Nur Faten Izzati Rablin (Sabah) dan Marzian Mohd Deli (Kedah).
Tilawah kali ini menyaksikan seramai 27 qari dan qariah dari semua negeri kecuali Kelantan (yang tidak menghantar qariah) mengambil bahagian dalam majlis yang berlangsung lima hari bermula semalam.
Tilawah bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah dijadual disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 8 Jun.
No comments:
Post a Comment