Seramai 70 murid Tahun Tiga di negeri ini dikesan menghadapi masalah pembelajaran atau literasi numerasi (Linus Tegar).
Sejumlah 38 daripadanya gagal dalam ujian Linus Saringan Enam manakala selebihnya masih belum menjalani ujian oleh Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan negeri.
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ngah Bidin berkata kesemua murid yang gagal itu dikenalpasti mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas sekaligus bakal ditempatkan di kelas pemulihan.
Menurutnya, jika dilihat pada jumlah murid tahun tiga di negeri ini seramai kira-kira 25,000, maka 70 orang itu bukan jumlah yang besar dan pihak sekolah akan berusaha memulihkan semua pelajar tersebut.
"Ianya sejajar dengan sasaran yang kita buat iaitu menjelang tahun 2013 nanti, Terengganu akan mencapai status sifar 'linus tegar' sejajar dengan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang ditetapkan oleh pihak kementerian," katanya.
No comments:
Post a Comment