Atlet pelapis menembak negara, Alia Sazana Azahari mensasarkan pingat emas pada acara 25m pistol wanita yang akan berlangsung esok di Lapang Sasar Menembak Kompleks Sukan Pahang (Sukpa).
Gadis yang berasal dari Terengganu itu berkata beliau tekad melakar kejutan pada kejohanan temasya Sukma terakhirnya tahun ini.
"Pada Sukma Melaka tahun lepas, saya hanya berjaya raih pingat perak, jadi memang nak buat yang terbaik pada acara lusa," katanya semalam.
Bagaimanapun Alia berkata beliau perlu memantapkan persediaan fizikal dan mental kerana tidak menafikan saingan dari atlet Selangor, Zunaira Zakaria dan Noor Izati Jasni yang menurut beliau adalah antara penembak yang kompetetif.
"Untuk Khamis ini, memang nak buat yang terbaik sebab penembak dari Selangor hebat.
Selepas ini saya perlu lebih ke depan dalam sukan menembak dan mahu menjadi seperti penembak elit negara, Bibiana Ng dan Josline Chia. Mereka adalah idola saya," katanya.
No comments:
Post a Comment