Monday, July 30, 2012

FAMA Terengganu Belanja Hampir RM30,000 Beli Durian

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu membelanjakan hampir RM30,000 untuk membeli 15 tan metrik buah durian di negeri itu sejak awal Julai lalu

Pengarahnya Hasan Jusoh berkata Fama menjual 'raja buah' itu di pasar-pasar tani dan lain-lain memandangkan harga buah itu begitu rendah terutamanya pada bulan Ramadan ini.


"Kita dapati harga durian jatuh apabila masuk bulan puasa kerana masyarakat kurang makan durian dalam bulan tersebut," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Hasan berkata Fama telah membuka sebuah pusat operasi bertujuan untuk membeli buah durian daripada petani-petani terutamanya di kawasan Besut. Katanya harga durian di peringkat ladang antara 40 sen hingga 50 sen sekilogram manakala harga borong pula 60 sen hingga 70 sen sekilogram.

Beliau berkata harga runcit durian di Terengganu sekarang antara RM1 dan RM2 sekilogram, bergantung kepada kualiti buah berkenaan.

Hasan berkata Fama bercadang untuk mempelbagaikan produk durian iaitu seperti kek durian atau lempok untuk pasaran di Johor atau negeri-negeri lain.

Beliau berkata petani menjual durian pada harga RM10 satu longgok yang mengandungi antara lima hingga 10 biji.

No comments:

Post a Comment