Monday, July 30, 2012
YDSM Sampaikan Bantuan Untuk Fakir Miskin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis Pengurniaan Bantuan Fakir Miskin sempena Hari Raya Aidilfitri, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Taman Tamadun Islam (TTI) pagi semalam.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Mohd Fadzli Yusof.
Tahun ini, Yayasan membelanjakan RM120,000 dan majlis ini merupakan agenda tahunan sejak ditubuhkan tujuh tahun lalu.
Seramai 120 warga emas dari semua daerah seluruh negeri menerima sumbangan berupa wang tunai RM250, baju Melayu, songkok dan kain pelikat (lelaki) manakala bagi wanita RM250, kain batik terap, sandal dan tudung.
Bagi pelajar sekolah pula, seramai 270 kanak-kanak daripada keluarga miskin dari Sembilan buah sekolah terpilih masing-masing menerima wang tunai RM150 setiap seorang.
Antara sekolah terpilih ialah Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad (30) dan SMK Bukit besar (30) manakala sekolah rendah ialah SK Tok Dir, SK Bukit Wan, SK Sungai Berua, SK Sungai Pergam, SK Pulau Redang dan Madrasah Al-Hidayah Batu Burok serta Madrasah Darul Ikhwan, Marang.
Majlis meraikan warga emas yang miskin dan pelajar sekolah seluruh negeri ini bertujuan meringan beban mereka yang kurang bernasib baik di samping menjalani ibadah puasa dengan sempurna seterusnya merayakan Aidilfitri dengan kesyukuran. Teganukita
No comments:
Post a Comment