Wednesday, July 4, 2012

Sang Penyu Tewaskan KL, T-Team Menang Di Kuching

Pemain Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah melakukan percubaan ke gawang Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Dua pasukan Negeri Terengganu iaitu Sang Penyu dan T-Team semalam menang pada saingan Liga Super masing-masing di Kuala Terengganu dan Kuching.

Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

T-Team pula menewaskanm Sarawak turut 1-0 di Kuching menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari (gambar kiri) pada minit ke-30.

Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam. Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

 Kelantan mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Tuan rumah yang bermula garang pada separuh pertama berjaya membolosi gawang pelawat hasil jaringan penyerang muda, Mohd Fidaus Azizul seawal minit ke-13.

Bagaimanapun, anak didik Bojan Hodak tidak menunggu lama apabila Kelantan menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Azlan Ismail selepas menewaskan penjaga gawang Farizal Marlias hasil sepakan sudut pada minit ke-46.

Asakan bertubi-tubi pasukan Red Warrriors ke gawang tuan rumah terus membuahkan hasil apabila pemain import, Mahmoud Ghadar yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.

Kelantan terus menambah derita tuan rumah apabila Indra Putra Mahyiddin menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68.

Ketua pasukan skuad Rusa, Shukor Adan tidak berputus asa untuk merapatkan jurang kedudukan apabila berjaya menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.

Kemenangan semalam membolehkan Red Warriors semakin sukar dicabar apabila terus menambah tiga mata dan menerajui liga dengan 54 mata.

Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.

No comments:

Post a Comment