Sunday, July 15, 2012

Syarikat Pengangkutan Bumi Antara Yang Diselmatkan SPAD

Sebanyak 536 laluan bas henti-henti di seluruh negara termasuk yang hampir ditutup, diselamatkan melalui pemberian dana RM21.83 juta.

Antara yang diselamatkan ialah  Syarikat Pengangkutan Bumi Pantai Timur di Terengganu.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata dana bersifat sementara itu memastikan pengendali bas henti-henti di laluan kurang menguntungkan dapat meneruskan khidmat.


Sejak dimulakan Mac lalu, katanya, lebih 80 pengendali bas henti-henti di seluruh negara berjaya meneruskan operasi dan memberi perkhidmatan kepada keseluruhan 7.3 pengguna.

“Dana ini juga bertujuan memastikan laluan terbabit tidak mati dan membolehkan pengguna menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada siri kelapan majlis menandatangani perjanjian pemberian dana berkenaan kepada 11 pengendali bas henti-henti di Ibu pejabat SPAD, di Kuala Lumpur semalam.

Syed Hamid berkata, SPAD menggalakkan pengendali bas henti-henti memulihkan laluan yang ditamatkan selain meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan dan memperbaiki keadaan pengangkutan berkenaan.

Menerusi dana siri kelapan, 11 syarikat terbabit diperuntukkan bantuan keseluruhan mencecah RM800,000 sebulan, yang diberi berdasarkan keperluan bagi tempoh enam bulan.

Syarikat yang menerima bantuan itu ialah Naile Express & Tours (M) Sdn Bhd; Jejak Ceria Sdn Bhd; Koperasi Pengangkutan Melayu Kluang Bhd serta Mersing Omnibus Co Sdn Bhd dari Johor; Setara Jaya Sdn Bhd (Selangor dan Wilayah Persekutuan). Lanang Road Bus Company Bhd (Sarawak); The Regal Transport Co dan Reliance Omnibus Co Sdn Bhd (Perak); Panaroma Melaka Sdn Bhd (Melaka); Bee Huat Omnibus Co Sdn Bhd (Pahang) dan Syarikat Pengangkutan Bumi Pantai Timur (Terengganu).

No comments:

Post a Comment