Friday, July 13, 2012

UMT Anjur Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Esok

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) selama lima hari mulai esok (Sabtu).

 Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan Kebangsaan Kor SISPA 2012 Prof Datuk Dr Saharuddin Abdul Hamid berkata, program tahunan yang dianjurkan sejak 2010 itu bertujuan mewujudkan ruang perbincangan, perkongsian pengalaman dan idea dalam mengukuhkan asas Kor SISPA.


"Kor SISPA ditubuhkan di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) bagi memupuk semangat integrasi nasional yang berteraskan semangat sedia bekerjasama dan persaingan yang sihat dalam menguji kemahiran yang dipelajari mahasiswa.

"Ia bagi menerap sifat kreatif serta inovatif, semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara di kalangan mahasiwa," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

 Dr Saharuddin berkata perhimpunan tersebut akan disertai kira-kira 1,500 mahasiswa dari 24 IPTA dan IPTS seluruh negara.

No comments:

Post a Comment