Wednesday, August 15, 2012

25 Individu Ditahan Kerana Kesalahan Mercun

Seramai 25 individu ditahan sepanjang bulan Ramadan melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM40,000 di Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata daripada jumlah itu, seramai 19 individu telah didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman.


"Antara hukuman yang dikenakan ialah denda antara RM1,000 hingga RM6,000 dan salah seorang yang terbabit turut dikenakan hukuman penjara 10 hari," katanya di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata polis memandang serius perkara itu dan akan terus menggiatkan operasi dan pemantauan bagi memastikan tiada pesalah yang terlepas daripada hukuman.

"Kita harap ibu bapa turut memantau anak-anak dan pastikan mereka tidak bermain mercun yang boleh membahayakan. Tahun ini sahaja sudah ada beberapa kes berlaku dan kita harap ia dijadikan iktibar supaya menghindari bahan terlarang itu," katanya.

No comments:

Post a Comment