MB beramah mesra dengan pelajar IPTA dan IPTS yang menyertai majlis berbuka pusa di TTI kelmarin (16 Ogos 2012). - Gambar Harth Fadzilah |
Kira-kira 1,000 mahasiswa dari IPTA dan IPTS dalam dan luar negara berasal Terengganu hadir pada majlis berbuka puasa bersama-sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, di Dewan Besar Taman Tamadun Islam, kelmarin (16 Ogos 2012).
Menteri Besar dalam ucapannya menggesa mahasiswa Negeri Terengganu supaya komited dengan pelajaran dan jangan terbabit dengan dakyah-dakyah pembangkang yang hanya merugikan mereka.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat dan Negeri Terengganu menyediakan berbagai bentuk pinjaman dan biasiswa untuk kesenangan mahasiswa untuk terus menimba ilmu supaya tidak tercicir atas alasan masalah kewangan.
“Negara-negara lain tidak menyediakan kemudahan sebagaimana yang dijalankan di Malaysia pada hari ini. Haruslah rakyat Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin yang melaksanakan dasar-dasar kearah kecemerlangan pelajaran.
“Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang sudah tersohor dari segi pencapaian pelajarannya. Pencapaian UPSR, PMR, SPM dan STPM yang johan peringkat negara secara berturut menunjukkan Terengganu merupakan sebuah negeri Anjung Ilmu,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai pembangunan yang akan dilaksanakan di Terengganu seperti menaiktaraf jambatan, jalanraya, prasarana-prasarana lain untuk memberikan keselesaan kepada rakyat negeri Terengganu.
Selain itu, pelabur-pelabur dari luar negara juga telah memberikan persetujuan untuk melabur di Terengganu dan ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof; Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh serta pemimpin masyarakat dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Teganukita
No comments:
Post a Comment