Friday, August 17, 2012

Butler Letak Keyakinan Kepada 6 Pemain Muda, Marzuki Masih Cedera


Walaupun diundi berada ‘kumpulan maut’, pengendali Terengganu, Peter James Butler tetap optimis mengenai peluang skuad Peteh dalam kancah Piala Malay sia yang bakal membuka tirainya 22 Ogos ini.

Butler memberitahu, apa sahaja boleh berlaku dalam saingan Piala Malaysia biarpun finalis Piala Malaysia 2011 itu diletakkan dalam Kumpulan B bersama juara Liga Super, Kelantan, juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kedah.


“Kekurangan perlawanan persahabatan menjelang Piala Malay- sia telah kami mengimbangi dengan latihan intensif.

“Kecergasan bukan satu isu tetapi latihan perlawanan merupakan intipati penting dalam memantapkan pasukan,” katanya. Pada kempen Piala Malaysia kali ini, Terengganu tampil dengan barisan pemain sedia ada tanpa khidmat pemain pinjaman daripada pasukan lain.

Butler memberitahu, beliau lebih gemar memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda daripada skuad Piala Presiden Terengganu berbanding mengambil pemain pinjaman.

“Apa yang penting bagi saya adalah ingin memberi peluang kepada pemain-pemain muda Terengganu berbanding mengambil pemain dari kelab-kelab lain. Mereka (pemain pinjaman) hanya akan mewarnai pasukan selama beberapa bulan sahaja.

“Justeru, pemain-pemain muda merupakan pelapis pasukan bagi masa hadapan. Mereka amat penting pada pasukan apatah lagi apabila perlawanan akan berlangsung setiap tiga hari,” ujarnya.

Terdapat enam pemain muda diserapkan dalam skuad Peteh iaitu Mohd. Kahirul Rosmadi (pertahanan kanan), Mohd. Humaidi Adzmi (pertahanan kiri), Mohd. Takhiyud- din Roslan (tengah), Mohd. Fahmi Izuddin Mohd. Zaki (tengah), Wan Muhammad Firdaus Wan Demi (penyerang), dan Muhammad Fakhrurazi Musa (penyerang).

Dalam pada itu, Butler turut mengesahkan bahawa kapten, Marzuki Yusof tidak cergas sepenuhnya menjelang perlawanan pembukaan Piala Malaysia kelak.

“Saya tidak bercadang menurunkan dia dalam kancah Piala Malaysia kerana ia tidak adil bagi diri Marzuki yang belum cergas sepenuhnya.

 “Selain itu, saya masih memerlukan beberapa hari mempersiapkan senarai kesebelasan utama menjelang perlawanan pembukaan berdepan Kelantan nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment