Friday, August 3, 2012
Jelajah Merdeka Raya RTM 2012 Singgah Berbuka Di Kediaman MB Terengganu
Terengganu menjadi lokasi kedua sebagai laluan siri penjelajahan ke negeri Pantai Timur selepas Pahang sebelum berakhir di Kelantan bagi Program Radio Televisyen Malaysia (RTM) Jelajah Merdeka Raya 2012.
Program yang menggabungkan tiga acara merangkumi sambutan bulan Ramadan, Hari Raya dan menjelang ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 itu singgah untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan barisan exco kerajaan negeri di Seri Iman di Kuala Terengganu, malam kelmarin (Rabu).
Sebelum itu, peserta penjelajahan sempat mengagihkan bubur lambuk dan bendera di Hotel Permai, Kuala Terengganu pada sebelah petangnya.
Ahmad Said ketika berucap merasmikan program itu berkata usaha dilakukan Jabatan Penyiaran itu harus disokong dan menjadi inisiatif penting sebagai menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini.
"Sempena sambutan Kemerdekaan ke-55, kita haruslah mensyukuri nikmat berada di negara yang aman, bumi berdaulat dan sama-sama menjaga keistimewaan yang ada serta saling bersatu-padu bagi mengekalkannya di bawah kepimpinan hari ini," katanya.
Menteri Besar berkata program anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia itu harus disokong dan menjadi inisiatif penting sebagai menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 tidak lama lagi.
“Sempena sambutan Kemerdekaan ke-55, kita haruslah mensyukuri nikmat berada di negara yang aman, bumi berdaulat dan sama-sama menjaga keistimewaan yang ada serta saling bersatu-padu bagi mengekalkannya di bawah kepimpinan hari ini,” kata beliau.
Majlis kemudiannya disusuli dengan penyerahan baton penjelajahan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Dr Ahmad Jailani Mohamed Yunus kemudiannya menyerahkan baton penjelajahan kepada Menteri Besar.
Program diadakan secara penjelajahan yang panjang dan berslansung bergilir-gilir dari negeri ke negeri itu bakal mendapat pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Record sebagai ‘Jelajah Menjalankan Tanggungjawab Sosial Terbanyak’.
Selain itu, pelbagai acara diatur untuk pengisian program yang bersesuaian dengan kemuliaan bulan Ramadan, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan patriotisme Hari Kebangsaan di samping bertujuan menyemai semangat 1Malaysia di kalangan masyarakat.
Berkonsepkan ‘pass baton’, program ini telah memulakan penjelajahan pada 21 Julai dan akan berakhir pada 21 Ogos 2012. Bermula dari Kuala Lumpur, program ini melibatkan enam laluan yang merentasi negeri-negeri di Malaysia.
Jelajah akan tamat di destinasi terakhir iaitu di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitiri bersama Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia dan Pengarah Penyiaran Negeri di Sarawak.
No comments:
Post a Comment