Friday, August 31, 2012

Jumlah Kemalangan Sepanjang Ops Selamat Di Terengganu Menurun

Terengganu muncul negeri kedua terbaik selepas Sabah apabila berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak 26 kes sepanjang Ops Selamat 2012 dari 12 hingga 26 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata sepanjang Ops Selamat itu, pihaknya hanya merekodkan 679 kes kemalangan dan mencatat sembilan kes kemalangan maut dan kematian berbanding tahun lalu, sebanyak 705 kes kemalangan dan 15 kemalangan maut serta 16 kematian.

"Kali ini, kita berjaya menurunkan sebanyak 26 kes kemalangan di negeri ini yang pasti kesedaran pengguna jalan raya serta pelbagai kempen yang telah dibuat memperlihatkan jumlah kes kemalangan berjaya diturunkan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Roslan Abd Wahid yang akan bertukar ke Perak.

Jamshah berkata lazimnya semasa musim perayaan sebelum ini, negeri ini pasti menghadapi kesesakan teruk seperti di Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut.

"Namun tahun ini kita berbangga apabila berjaya mengatasi masalah dengan mewujudkan beberapa jalan alternatif untuk mengurangkan kesesakan," katanya. .

No comments:

Post a Comment