Tuesday, August 28, 2012

OKU Diraikan Pada Rumah Terbuka Pejabat Tanah, Daerah Kuala Terengganu


Seramai 25 penghuni rumah Taman Sinar Harapan di sini yang terdiri daripada golongan kurang upaya diraikan dalam majlis rumah terbuka anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu Wan Nawawi Wan Ismail berkata selain diberi sumbangan duit raya, kesemua mereka turut berpeluang beramah mesra bersama kira-kira 300 staf pejabat itu.



"Ini adalah acara tahunan kami untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama golongan kurang bernasib baik supaya mereka tidak berasa diabaikan.

"Malah, sambutan Aidilfitri pada tahun ini juga lebih meriah kerana disambut dalam bulan Kemerdekaan dan bagi tujuan itu, pelbagai program berbentuk patriotik turut diadakan sepanjang bulan ini," katanya kepada di Kuala Terengganu, semalam.

Rumah terbuka yang bermula 9 pagi itu dihadiri kira-kira 4,000 warga bandaraya ini.

No comments:

Post a Comment