Friday, August 17, 2012

Pasar Tani Catat Jualan RM15 Juta Dalam Tempoh Tujuh Bulan

Pasar Tani kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu mencatatkan jualan bernilai RM15 juta di negeri itu antara Januari dan Julai lepas.

 Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata daripada jumlah itu sebanyak RM5.5 juta dikumpul dari empat buah pasar tani di daerah Kuala Terengganu.

Empat pasar tani itu ialah pasar tani Padang Hiliran, yang mengumpul jualan sebanyak RM4 juta, Permin Jaya (RM1.1 juta), Jalan Budiman (RM198,527) dan Dataran Taman Purnama (RM50,750), katanya.


Bercakap kepada pemberita selepas program majlis pelancaran pasar tani khas Aidilfitri peringkat negeri Terengganu 2012 & penyerahan motosikal roda tiga Fama di Kuala Terengganu, Hasan berkata jumlah usahawan yang terlibat dalam perniagaan di pasar tani seramai 789 orang, termasuk 166 di Kuala Terengganu.

Terengganu kini mempunyai 16 pasar tani, dengan masing-masing empat di Kuala Terengganu, Besut (6), Hulu Terengganu (3), Kemaman (2) dan sebuah di Marang.

No comments:

Post a Comment