Friday, August 17, 2012

SATU Rancang Bina Loji Rawatan Air Di Kuala Nerus Babitkan Kos RM90 Juta

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) merancang untuk membina sebuah loji rawatan air baharu di kawasan Kuala Nerus dengan anggaran kos RM390 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu Husain Embong berkata loji yang dijangka beroperasi pada 2016 itu perlu dibina memandangkan loji yang ada di Kepong (loji satu), Kepong (loji dua) dan juga Kampung Losong, tidak mampu lagi memproses air untuk tempoh lima tahun akan datang berikutan kepesatan penduduk.


"Ketika ini loji-loji berkenaan membekalkan air ke kawasan Kuala Terengganu, Marang dan sebahagian Kuala Terengganu utara iaitu Kuala Nerus yang luas dan mempunyai penduduk yang ramai.

"Jadi kita jangka loji baharu di Kuala Nerus itu akan dimulakan tahun hadapan dengan reka bentuk kapasiti sehingga 225 juta liter air sehari yang mampu dimanafaatkan 200,000 orang," katanya.

 Husain berkata Satu sedia maklum kerajaan akan menjadikan kawasan Kuala Nerus satu daerah baharu tidak lama lagi yang sudah tentu pembangunan di situ akan lebih pesat dengan penduduk yang ramai.

No comments:

Post a Comment