Sunday, August 26, 2012

PHWT Sasar Juara Kejohanan Bawah 16 Tahun Kebangsaan

Persatuan Hoki Wanita Terengganu (PHWT) menyasarkan untuk meraih kejuaraan Kejohanan Hoki Wanita Bawah 16 Tahun Kebangsaan yang dijadual November ini.

Setiausahanya Nik Zaharah Nik Abdul Kadir berkata matlamat itu tidak mustahil dapat dicapai berdasarkan kejayaan muncul naib juara pada kejohanan tahun lepas.

Untuk itu, PHWT telah mengenal pasti 25 pemain terbaik termasuk tiga dari skuad Sukan Malaysia Terengganu yang menyertai temasya di Pahang pada Julai lepas, katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Zaharah berkata sebahagian pemain terbabit telah turun menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu. Latihan penuh akan diadakan selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah selesai, memandangkan sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar tingkatan tiga, katanya.

No comments:

Post a Comment