Wednesday, September 5, 2012
Seramai 160.197 Terima Bantuan Persediaan Pelajaran
Seramai 160,197 pelajar di negeri ini telah menerima bantuan persediaan pembelajaran membabitkan peruntukan RM204.7 juta sejak ia diperkenalkan enam tahun lalu (2006).
Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Zakaria Yusof berkata, jumlah berkenaan membabitkan pelajar yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk Ijazah atau Diploma, Matrikulasi dan asrama penuh.
Katanya, kerajaan serius dan memberi fokus utama untuk menjadikan pendidikan satu landasan untuk melahirkan modal insan yang serba boleh.
“Pelajar hari ini merupakan penyumbang utama dalam menentukan masa depan negara dan kerajaan akan melakukan apa saja untuk menjana kejayaan mereka,” katanya di majlis penyampaian Bantuan Persediaan YT ke IPT di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak kelmarin.
Majlis perasmian dan penyampaian bantuan telah dilakukan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said.
Sehubungan itu katanya, pihaknya telah memperkenalkan sistem permohonan secara dalam talian di laman web YT bagi memudahkan pelajar membuat urusan dengan jabatan mulai sesi 2012/2013.
Teganukita
No comments:
Post a Comment