Sunday, September 9, 2012
Ahli UMNO Perlu Kikis Sikap Berdendam - Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta ahli UMNO supaya mengikis sikap suka berdendam dan kembali bersatu kerana kepentingan utama sekarang adalah untuk mendapatkan sokongan semua pihak khususnya golongan atas pagar agar Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-13.
"Oleh itu, orang Melayu umumnya perlu muhasabah diri bagi memulihkan kekuatan UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Kubang Pasu pagi semalam.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO juga mahu semua anggota parti itu menyokong siapa sahaja calon yang dipilih pucuk pimpinan untuk bertanding.
Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Ahmad Said meminta anggota UMNO supaya tidak melupakan jasa parti kepada umat Melayu sehingga sanggup membelakangkan kepentingan parti semata untuk mencapai cita-cita peribadi.
Turut hadir Ketua UMNO bahagian Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd Johari Baharom yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
No comments:
Post a Comment