Sunday, September 9, 2012
Peminat Mahu Hai-O Kembali Sarung Jersi Terengganu
Keinginan ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar atau lebih mesra dengan panggilan Hai-O untuk kembali menyarung jersi Terengganu tahun depan disambut baik peminat bola sepak di negeri itu.
Beberapa peminat bola sepak Terengganu ketika ditemui Bernama rata-rata melahirkan rasa syukur dan teruja sekiranya pemain berusia 33 tahun yang berasal dari Setiu, Terengganu itu kembali ke pangkuan negeri kelahirannya.
Seorang nelayan Ramli Embong, 45, dari Kampung Seberang Takir di sini berkata kepulangan pemain yang boleh bermain di posisi tengah atau penyerang itu tepat pada masanya ketika pasukan bola sepak Terengganu kini berada dalam keadaan terumbang-ambing.
"Kita perlukan pemain seperti Hai-O yang boleh merancang dan sekaligus boleh menjaringkan gol," katanya.
Pada Jumaat, media melaporkan Hairuddin menyuarakan hasratnya untuk kembali bersama skuad Penyu selepas lebih 10 tahun menyarung jersi beberapa pasukan antaranya Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.
No comments:
Post a Comment