Wednesday, September 5, 2012

Nasib Sang Penyu, T-Team - MB Buat Keputusan Selepas Perlawanan Terakhir Kumpulan

Menteri Besar menyampaikan derma kepada pelbagai lapisan masyarakat sempena perayaan Hari Raya Perdana peringkat Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan meneliti laporan terperinci daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung prestasi pasukan Terengganu dan T-Team dalam saingan Piala Malaysia, sebelum sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata tindakan itu dilakukan berikutan kedua-dua pasukan tersebut telah mempamerkan prestasi hambar menyebabkan mereka gagal layak ke suku akhir piala berkenaan

"Kita mahu melihat bola sepak Terengganu berjaya seiring dengan pelaburan yang dikeluarkan. Hasrat kita pastinya nak menang dan merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

 "Oleh itu, saya akan buat keputusan muktamad selepas satu lagi perlawanan yang perlu dilalui kedua-dua pasukan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Hari Raya Perdana peringkat Terengganu di Padang Astaka Kuala Berang hari ini.

Mulai tahun depan, Ahmad berkata beliau akan dibantu pengurusan PBSNT sebelum membuat sebarang keputusan mengenai penubuhan pasukan, pemilihan pemain dan sebagainya.

Sementara itu, amaran termasuk diugut bunuh oleh penyokong bola sepak Terengganu diterima jurulatih pasukan itu, Peter James Butler, berikutan tindakannya yang didakwa ‘memfitnah’ beberapa pemain skuad itu.

Amaran berbentuk kata-kata kesat kepada jurulatih berusia 46 tahun itu dilakukan sekumpulan penyokong ketika dia dalam perjalanan pulang ke tempat penginapannya di Riyaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, di Kuala Terengganu  sebaik selesai perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia, Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,  kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

Sumber berkata, sebelum kejadian di Jambatan Sultan Mahmud itu, di sini, Butler yang menjadikan basikal sebagai kenderaan utama berulang-alik menjalankan tugas sebagai jurulatih dikecam penyokong setia Terengganu.

 Bagaimanapun, tindakan penyokong terbabit dikatakan tidak berlarutan apabila jurulatih itu bersikap bersahaja dan mendakwa melakukan tindakan itu kerana dia mengenali perangai dan disiplin setiap pemainnya.

Perasaan tidak puas hati penyokong terbabit tidak berakhir di pekarangan stadium apabila Butler mendakwa diekori kereta dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Terengganu yang menghampirinya sebaik tiba di Jambatan Sultan Mahmud.

No comments:

Post a Comment