"Saya tidak perlukan pemain yang tidak jujur (dalam pasukan), saya mahu yang berdisiplin....saya memang sangat kecewa dengan tindakannya (Sharbinee). Saya
juga kecewa bagi pihak seluruh rakyat Terengganu serta Menteri Besar
(Datuk Seri Ahmad Said) atas tindakannya itu," - Peter James Butler
Selepas pengendali Penyu, Peter James Butler mengatakan Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha’ari tidak akan bermain di bawah kendaliannya, kini muncul pula giliran penjaga gol Terengganu, Ahmad Sharbinee Allawee Ramli.
"Keputusan malam ini (kelmarin) sangat tidak relevan. Tidak kira menang atau kalah. Mungkin selamat jika saya katakan dia (Sharbinee) tidak akan berada dalam kesebelasan utama lagi selepas ini," kata Butler.
Sharbinee mungkin menjadi pemain terbaru yang bakal disingkirkan daripada senarai skuad kendalian
Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan James Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu terikat 1-1 menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia di laman sendiri, malam Sabtu.
Insiden itu menimbulkan kemarahan jurulatih dari England itu apabila bekas penjaga gol kebangsaan itu menunjukkan sikap protes dengan membaling bekas minuman ke arah Butler sebaik dikeluarkan untuk digantikan dengan penjaga gol kedua, Md Sharmiza Yusof.
Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu, Butler nyata kecewa dengan tindakan penjaga gol utama Terengganu itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati beliau.
"Ya, saya memang sangat kecewa dengan tindakannya (Sharbinee). Saya juga kecewa bagi pihak seluruh rakyat Terengganu serta Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) atas tindakannya itu," kata Butler.
"Saya tidak perlukan pemain yang tidak jujur (dalam pasukan), saya mahu yang berdisiplin.
Butler berkata apa yang dilakukan Sharbinee itu adalah salah serta keterlaluan dan ia bukan kali pertama dia berbuat demikian.
Beliau turut kecewa dengan disiplin beberapa pemain yang seolah-olah tiada semangat juang dan setiakawan di atas padang.
No comments:
Post a Comment