Wednesday, September 5, 2012

Anak Kampung Kemat Ditawar PhD di Universiti Oxford


Pelajar cemerlang yang sedang mengikuti bidang Sarjana Sains Biokimia di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd Firdaus Samsudin@Mustapha, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua Samsudin @ Mustapha Mamat, 62, dan Rohani Long Ahmad, 55, yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat PhD bermula bulan ini.

Berkongsi kegembiraan, Mohd Firdaus atau lebih mesra dipanggil Angah berkata, tawaran menyambung pelajaran ke peringkat PhD bidang Biokimia selama empat tahun itu disifatkannya hadiah untuk ibu bapanya.

“Tempoh pengajian di peringkat Sarjana sepatutnya selama dua tahun. Bagaimanapun, saya telah mendapat tawaran mengikuti PhD oleh pihak universiti berkenaan dan sepatutnya pengajian masih berbaki setahun lagi.

“Tawaran ini sekali gus mencapai impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat PhD, cuma tidak sangka, ia digapai secepat ini, bagaimanapun saya bersyukur apatah lagi ibu bapa sentiasa berdoa untuk kejayaan saya serta adik-beradik lain," katanya.

Usia muda jadi kelebihan Menurut Mohd Firdaus, walaupun masih muda berbanding penuntut PhD lain yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, namun ia bukan halangan sebaliknya kelebihan kepadanya kerana boleh memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran tanpa memikirkan soal keluarga ataupun anak-anak.

“Paling penting, saya perlu berusaha lebih gigih kerana semua pelajar di sana terdiri daripada mereka yang genius. Persaingan sihat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya selain dapat menghabiskan pengajian di peringkat PhD,” katanya.

Baca seterusnya di sini.http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/ditawar-phd-ke-oxford-1.81615

No comments:

Post a Comment