Thursday, September 27, 2012

Jumlah Keuntungan PPK Bukit Payong Meningkat Tahun Lepas Berbanding Tahun Sebelumnya

Keuntungan perniagaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Payong, Marang, pada tahun lepas meningkat kepada RM379,847 berbanding RM287,653 pada 2010.

Pengurus Besarnya Othman Muda berkata RM282,905 daripada jumlah keuntungan pada 2011 itu adalah keuntungan yang boleh dibahagikan kepada pemegang saham.

"Selebihnya lagi adalah untuk tabung-tabung kebajikan, pelajaran dan sebagainya," katanya selepas Mesyurat Agung Tahunan (AGM) Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pada mesyuarat itu, PPK Bukit Payong diisytiharkan sebagai pemenang anugerah PPNT bagi kategori langganan tertinggi sebanyak RM1.7 juta pada tahun lepas. Othman berkata PPK Bukit Payong sekarang ini mempunyai keahlian seramai 3,300 orang dengan jumlah saham terkumpul RM624,766.

No comments:

Post a Comment