Thursday, September 27, 2012

Seminar Minyak & Gas Terengganu 2012 Pada 9 Oktober

Seminar Minyak & Gas Terengganu 2012 untuk kontraktor, subkontraktor, perunding dan pembekal yang terlibat dalam sektor ini akan diadakan di Kuala Terengganu bagi memberi maklumat dan peluang dalam industri petroleum negara pada 9 Okt depan.

Seminar sehari di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, di sini anjuran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMT) dan Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep).

Pengarah CIDB Terengganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata seminar itu merupakan satu platform bagi memberi pendedahan dan maklumat berkaitan industri minyak, gas dan petrokimia kepada peserta industri berkenaan.

"Kita buka kepada terutamanya bagi yang baharu dan ingin menceburi diri dalam bidang kerja yang berkaitan dan dijangka dihadiri lebih 400 peserta dari seluruh negera," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra CIDB Terengganu, ABMT dan Instep bersama media Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad Farrin berkata peserta akan diberi maklumat berkaitan keperluan pendaftaran dengan pihak Petronas selaku syarikat minyak dan gas negara

No comments:

Post a Comment