Saturday, September 15, 2012

KIST Bakal Tambah Lima Program Diploma Mulai Januari Depan

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) cawangan Terengganu di sini merancang untuk menambah lima lagi program pengajian diplomanya mulai Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KIST Cawangan Terengganu Mohd Norizal Nawang berkata, program-program yang masih dalam rancangan itu ialah Diploma Kejururawatan, Perkhidmatan Makanan Halal, Syariah, Psikologi Kanak-kanak da Kaunseling Islam.


"Selaras dengan itu, KIST di sini telahpun menyediakan fasiliti blok akademik lima tingkat yang boleh menempatkan 36 bilik kuliah yang baru, makmal dan bilik pensyarah.

"Kita jangka akhir tahun ini atau awal tahun depan kita boleh gunakan bangunan tersebut serentak dengan program baru yang kita akan perkenalkan dijangka pada Januari depan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri KIST Group Holding peringkt negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam yang telah dirasmikan oleh Presidennya, Muhammad Zamly Abdullah.

KIST cawangan Terengganu menawarkan lapan program iaitu Diploma Sains Senaman dan Sukan, Kesihatan Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, Pembantu Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan, Diagnostik Radiografi, Perubatan dan Psikologi.

No comments:

Post a Comment